Thursday 5 May 2016

5 PERSEDIAAN SEBELUM BERBASIKAL BERSAMA BAYI


1-RANCANG LOKASI

Lokasi perlu dirancang lebih awal. Perlu survey track, jika boleh dapatkan review tentang track setiap lokasi dipilih. Review berkenaan laluan, jarak berbasikal, tandas awam, tempat istirehat untuk makan/ minum dan berehat. Track berbasikal samada taman-taman awam di bandar, jalanraya bandar atau kampung, nature park dan kaki gunung.

Keempat-empat track telah kami lalui. Tiap satu pengalamannya berbeza dan mengujakan!!


2- AWAL PAGI ATAU PETANG

Pemilihan waktu berbasikal penting kerana melibatkan waktu tidur bayi. Penting anda tahu jika bayi tidak dapat tidur yang cukup, akan menyebabkan trip berbasikal anda hambar kerana bayi anda moody. Lagi teruk anda kena pulang awal, sedangkan anda baru berbasikal tidak sampai 1 jam. Huh!

Tetapi jika anda sediakan carrier yang membolehkan bayi tidur dengan selesa. Waktu tidak menjadi satu isu.

Weeride front mounted child carrier sangat sesuai bagi parents yang sukakan long hour ride. Ia mempunyai tempat letak kepala (head rest) bagi anak kecil sekiranya tertidur.


3- SEMAK CUACA

Menjadi 1 masalah jika berbasikal ketika cuaca panas terik mahupun musim hujan. Ia memberikan ketidak selesaan. Pun begitu, berbasikal ketika hujan turun lama dan berpanjangan (renyai-renyai) apatah lagi bersama bayi dan anak-anak memberikan pengalaman yang berharga. Anda juga pernah main hujan masa kecil bukan. Seronok!!


4- CHECKLIST BARANG

Ini penting! Anda tidak mahu najis bayi ambil masa lama untuk dibersihkan, tertinggal susu mahupun botol susu anak. Tiada baju tukar bayi. Keadaan ini akan merosakkan mood parents atau anak-anak yang lain. Janganlah baru berbasikal 30 minit dan kena pulang semula. Aduhh!!


5- SAFETY FIRST

Latih anak anda memakai safety helmet dan duduk dengan tertib di child bicycle carrier.
Helmet kanak-kanak yang selesa, sesuai dengan saiz kepala, banyak lubang udara serta ringan adalah ciri-ciri helmet yang memberi keselesaan pada bayi/ anak kecil untuk memakainya sepanjang berbasikal. Pastikan ia helmet keselamatan (safety kids helmet) bukan helmet mainan (toy helmet).

Jangan ASAL PAKAI ataupun sikap NANTI DULU apabila melibatkan soal keselamatan.

Perkara biasa bayi akan excited dan cuba untuk berdiri sepanjang berbasikal. Sesetengah child bicycle carrier mempunyai banyak point safety harness yang menghalang bayi untuk bangun. Jika bayi bangun, dikhuatiri akan mengganggu keseimbangan semasa berbasikal. Lebih lagi jika anda sedang dalam kelajuan.



IZZAN.SALEH
www.saufasia.com

0 comments:

Post a Comment